:

01-Jul-2025

PERMOHONAN DARJAH 1 SESI PERSEKOLAHAN 2026

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :

  1. Warganegara MALAYSIA SAHAJA.
  2. Murid yang berumur 7 tahun pada tahun kemasukan layak memohon (Lahir pada 2/1/2019 - 1/1/2020).
  3. Menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M).
  4. Kenal huruf jawi dan boleh membaca jawi sekurang-kurangnya melibatkan ayat dua suku kata.
  5. Boleh membaca ‘Iqra sekurang-kurangnya buku 3.
  6. Pemohon tidak menghidap masalah Down Syndrome, ADHD, ADD dan sebagainya.

 

 CARA-CARA MEMOHON:

  1. Bayaran pemprosesan RM30.00 boleh dibuat secara pindahan atas talian (Online Transfer)/ QR . Resit/slip WAJIB disimpan dalam salinan PDF.

 

Untuk pembayaran secara pindahan atas talian:

(SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA SDN BHD)
No akaun Bank Muamalat: 1210-0001259-712

 

QR Code

 

  1. Dokumen-dokumen yang LENGKAP perlu dimuat naik dalam bentuk PDF (kurang 1MB) ke dalam boring permohonan atas talian:
  • 1 Salinan Sijil Lahir/Sijil Pengangkatan Pemohon
  • 1 Salinan Mykid Pemohon
  • 1 Salinan Mykad Ibu Pemohon
  • 1 Salinan Mykad Bapa Pemohon
  • 1 Salinan Rekod Imunisasi
  • 1 Salinan Resit/Slip Bayaran
  • 1 Gambar Passport Pemohon (dalam JPG/PNG)

 

  1. HANYA PERMOHONAN YANG LENGKAP BESERTA DOKUMEN YANG DIMUATNAIK DI WEBSITE SAHAJA AKAN DIPROSES.

 

  1. ISI BORANG SOAL SELIDIK IBU BAPA DAN EMAILKAN ke srialaminputramahkota@musleh.edu.my

(TAJUK EMAIL : NAMA ANAK-Permohonan Darjah 1 2026)

 

Bil

Perkara

Tindakan

Tarikh Pelaksanaan

1. 

Borang permohonan kemasukan sesi 2026 dibuka

Guru Besar

1 Julai 2025

(Selasa)

2. 

Pengemaskinian maklumat permohonan melalui sistem

Ibu Bapa/Penjaga Murid

2 Julai hingga

31 Oktober 2025

3. 

Penghantaran Surat Prosedur Kemasukan dan Borang Soal Selidik Ibu Bapa/Penjaga melalui email dan whatsapp^ ibu bapa/penjaga murid

(permohonan yang tidak lengkap beserta dokumen lampiran tidak akan diemailkan surat prosedur kemasukan)

Guru Besar

Selewat-lewatnya 7 hari bekerja selepas permohonan dihantar secara LENGKAP

4. 

Penghantaran Borang Soal Selidik Ibu Bapa/Penjaga melalui email srialaminputramahkota@musleh.edu.my

 

Ibu Bapa/Penjaga Murid

Selewat-lewatnya 7 hari bekerja selepas Penghantaran Surat Prosedur Kemasukan

5. 

Penyenaraian nama murid yang layak mengikuti Ujian Kemasukan dan Sesi Temubual Ibu Bapa/Penjaga

Hal Ehwal Murid

27 Oktober 2025

(Isnin)

6. 

Ujian Kemasukan Murid Baharu dan Sesi Temubual Ibu Bapa/Penjaga bersama Jawatankuasa Lembaga Sekolah

 

Semua Murabbi, Murid Baharu dan Ibu Bapa/Penjaga Murid Baharu sahaja (tiada anak yang bersekolah di SRSAAPM sesi 2025)

1 November 2025

(Sabtu)

7. 

Pemberian Surat Tawaran Kemasukan dan Surat Keperluan Sekolah   

Hal Ehwal Murid

8. 

Penyerahan Surat Jawapan dan Pembayaran Penerimaan Tawaran Kemasukan

Ibu Bapa/Penjaga Murid

2 November 2025 hingga 1 Disember 2025

9. 

Penyenaraian Murid Tahun 1 sesi persekolahan 2026

Hal Ehwal Murid

8 Disember 2025

(Isnin)

10. 

Semakan Nama Murid Tahun 1 sesi 2026

Ibu Bapa/Penjaga Murid

8 Disember hingga

19 Disember 2025

11. 

Semakan Kelas Murid Tahun 1 sesi 2026

www.alaminputra.edu.my  

Hal Ehwal Murid

22 Disember 2025

(Isnin)

12. 

Pembelian Keperluan Murid

Koperasi Putra Mahkota dan Pustaka Rakyat Bandar Puteri

TBA

13. 

Hari Orientasi Murid Baharu Tahun 1 dan Taklimat Ibu Bapa Murid Baharu

Semua Murabbi, Murid Baharu sesi 2026 dan Ibu Bapa/ Penjaga Murid

25 Disember 2025 (Khamis)

14. 

Gotong-Royong Tahunan

Semua Murabbi, Murid Baharu sesi 2026 dan Ibu Bapa/ Penjaga Murid

TBA

15. 

Hari Persekolahan sesi 2026

Hal Ehwal Murid

12 Januari 2026 (Isnin)

 

PERMOHONAN DARJAH 2 HINGGA 6 SESI PERSEKOLAHAN 2026

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :

  1. Warganegara MALAYSIA SAHAJA.
  2. Kemasukan darjah mengikut kohort umur KPM.
  3. Menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M).
  4. Kenal huruf jawi dan boleh membaca jawi dengan baik.
  5. Boleh membaca Al-Quran tanpa masalah.
  6. Pemohon tidak menghidap masalah Down Syndrome, ADHD, ADD dan sebagainya.
  7. Mempunyai Rekod PBD dari sekolah lama (bagi yang bersekolah)/ mempunyai bukti berdaftar untuk home-schoolingdengan pihak JPN/KPM.

 

 CARA-CARA MEMOHON:

  1. Bayaran pemprosesan RM30.00 boleh dibuat secara pindahan atas talian (Online Transfer)/ QR . Resit/slip WAJIB disimpan dalam salinan PDF.

 

Untuk pembayaran secara pindahan atas talian:

(SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA SDN BHD)
No akaun Bank Muamalat: 1210-0001259-712

 

QR Code