Utama > Visi, Misi Dan Piagam Pelanggan

31-Oct-2018

VISI

Institusi Pendidikan Sri Al-Amin Bangi Meneraju Sistem Pendidikan Islam Bagi Melahirkan Insan Rabbani.

MISI

Memberi pendidikan yang seimbang, cemerlang dan berkualiti bagi menjana peningkatan keilmuan, kemahiran, keterampilan dan berdaya saing tinggi.
Menggilap potensi kepimpinan pelajar yang cemerlang dalam gerak kerja kokurikulum yang berkesan berlandaskan syariat Islam.
Mempertingkatkan tarbiyah dan sahsiah murid untuk melahirkan insan Rabbani.
Membangunkan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat.
PIAGAM PELANGGAN

Kami bertekad dan berazam insya-Allah akan:

  • Mendidik dengan penuh kesungguhan, ikhlas dan kasih sayang ke arah mencapai perkembangan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
  • Melahirkan generasi berkualiti yang sedia memberi khidmat kepada agama dan ummah.
  • Melaksanakan tugas dengan segera, proaktif, kreatif dan berhikmah.
  • Mewujudkan biah sekolah yang soleh, harmoni, bersih, kondusif dan selamat.
  • Menjalin kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa, alumni dan komuniti untuk perkongsian pendidikan bestari.
  • Bersedia menerima pandangan, kepakaran dan teguran yang positif demi kecemerlangan prestasi sekolah.