:
FALSAFAH PENDIDIKAN MUSLEH INTEGRATED EDUCATION BERHAD (MIEB)


Pihak sekolah menggunakan Falsafah Pendidikan MIEB sebagai falsafah pendidikan sekolah kerana MIEB merupakan sebuah institusi yang memberikan fokus kepada bidang pendidikan di bawah naungan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). MIEB adalah gabungan institusi-institusi Pendidikan Islam yang diuruskan dan dikendalikan oleh ahli atau organisasi IKRAM di seluruh Malaysia. Pemilihan falsafah ini memastikan segala usaha pendidikan yang dijalankan berada dalam kerangka yang tersusun, berpandukan al-Quran dan al-Sunnah, serta selari dengan visi membangunkan insan rabbani yang mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara. Justeru, visi dan misi sekolah dibentuk untuk menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan MIEB agar matlamat pendidikan dapat dicapai secara menyeluruh dan berkesan.